Miliki ARMA

Miliki ARMA

Pindah Markaz

berselerak..dah 10 tahun, macam-macam barang ada..
-ruang legar markaz-

tengok elok-elok..mana tau ada duit jatuh, boleh beli"hagah sa'ah"
-bilik vip / bilik operasi-

A:"ikh!! isi batu ke apa ni?"
B: tak ah..tongkol emas je... ada lagi kat bawah katil sana...

kat bawah ada yang tunggu..

turut kelihatan 2 balang tong gas..

ammu chevrolet yang sempat mendendangkan
lagu dengan iringan paluan irama padang pasir yg sayu..
sedih nak tinggal markaz..walaupun begitu tiada pencemaran bunyi dilaporkan.

dari sisi tepi

semua kita angkut..tingkap,pintu,kayu kayan..

memori terakam disini..
dapur yang berjasa.. tanpanya program (perut) hambar..

ada cerita disebalik peti ais ni.. ada hagah sa'ah dibalik pintunya..

angkut lagi..

dewan syeikh ahmad al-arusi..
dengan rasminya dipindahkan dengan penurunan signboard tersebut..
majlis disempurnakan oleh pengerusi DPMS, ust amin bin alias.
sebelah beliau seorang anti ISA yang turut serta menyumbang tenaga..
jangan bimbang simbahan asid tiada disini.. kami berpindah secara aman..


wah dah nak penuh chevrolet..

ust abdullah al-khairy-bendahari dpms..

ust azam, penunggu setia markaz..
dengan berat hati meninggalkan jejak terakhir..

aksi mencabar..perlukan ketekunan dan ketelitian agar papan perancang DPMS tak patah
beliau amat mahir dalam urusan tersebut kerana pengalaman beliau dalam bidang frame, bingkai dan hiasan dalaman.

eh dah sampai..markaz baru kita kat sini je?

"hah..tepi-tepi kang tersorong hidung tu naya sesaja"
ust nasyati sesuai dengan namanya memang pantas memunggah barang..


chevrolet tiada hand brake..terpaksa ditahan dibelakang
dengan tangan kerana jalan yang curam
agar proses memunggah tak terganggu..
kelihatan ust nordin (baju biru) menunggu shif kalau-kalau ust azmi keletihan.

macam markaz penuh dengan kayu je..
asal gambar angkat barang mesti gambar angkut kayu..
kayu tersebut hasil dari rak-rak kitab.

kayu lagi..

wah banyak lagi barangnya..
pandangan dari atas.
turut kelihatan pencawang eletrik mesir yang menakutkan..


"weh..sambut".. aksi yang mendebarkan..tapi terpaksa dibatalkan
kerana amaran dari pihak keselamatan
kelihatan kotak-kotak,dapur,dan periuk besar untuk makan besar..

mana gambar markaz baru nya?..
pelik kan?.. sebenarnya markaz yang baru belum lagi ditemui menurut ajen "markaz seeker"
..oleh kerna kes markaz al-arusi ialah kes "BARRAH" (paksa keluar)..
sebagai jalan keluarnya DPMS terpaksa menggunakan rumah ust zamzuari yang pulang ke malaysia untu sementara waktu..

0 komentar: