Miliki ARMA

Miliki ARMA

Bersama Membantu Taakhi




9/11/2010 jam 8.00mlm, Hayyu Asyir: satu perbincangan telah diadakan diantara Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) taakhi Pahang, selangor, Melaka, Shibin El-kom dalam bersama-sama membincangkan permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian bagi membantu Melaka terutamanya yang menghadapi masaalah yang serius di peringkat BKAN. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Yang Dipertua BKAN Pahang Ustaz Mohd Ridzuan B Nazri, selaku tuan rumah dalam mesyuarat tersebut.

Perbincangan yang telah berlangsung selama 2 jam tersebut lebih membincangkan masaalah yang dihadapi oleh BKAN Melaka yang di tekan dari sudut cadangan yang dibawa oleh pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Melaka yang mana beliau sendiri bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi Organisasi Kepimpinan baru yang mejoritinya terdiri dari mahasiswa/wi perubatan sedangkan di dalam waktu yang sama BKAN Melaka telah pun mempunyai Organisasi Kepimpinan yang telah pun di persetujui oleh semua ahli Melaka yang terdiri dari mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan.

Antara lain, pelajar-pelajar pengajian Islam Melaka juga merasa mereka seolah-olah di piggirkan oleh Pegawai yang hanya melebihkan pelajar-palajar Perubatan dari sudut hal ehwal dan kebajikan pelajar. Kami bagi pihak taakhi merasa perkara ini harus di pandang serius oleh pihak-pihak yang berwajib dalam menjaga kebajikan seluruh ahli BKAN Melaka khususnya.

Mesyuarat kali pertama antara BKAN taakhi ini akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan segala perkara yang di perbincangkan dan jalan penyelesaian yang di perolehi tidak hanya akan terhenti di situ sahaja, malah BKAN dan DPM taakhi turut sanggup untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku secara bersama-sama bagi memastikan kebajikan ahli terjaga.

BKAN dan DPM turut bercadang untuk mengadakan program MEGA secara bersama-sama bagi memperkukuhkan lagi hubungan taakhi di antara BKAN dan DPM.Semoga apa yang di rencanakan ini akan menatijahkan kebaikan untuk kita bersama demi memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan,amin.

.

0 komentar: